Thursday 29 December 2016

Bercuti ke Korea (Part 4)

Previous: Bercuti ke Korea (Part 3)

Makan sudah, solat pun sudah, aktiviti kami seterusnya adalah melawat National Folk Museum, Istana Kyongbok dan Presidential Blue House. Ketiga-tiga tempat ni terletak berdekatan je. Presidential Blue House tu memang tak boleh masuk, cuma tengok je dari jauh masa bas lintas blue house tu. Nasib la nampak ke tak sebab bas tak boleh berhenti. Kawasan tu banyak guard jaga dan Gina kata guard kat situ semua hensem-hensem sebab memang syarat nak jadi guard kat situ kena hensem. Guard yang tak hensem kena hantar jaga tempat lain. Jadi, jangan sibuk usha guard je, nnt blue house tah kemana. Yang nampak biru cuma bumbung bangunan blue house je pun.

National Folk Museum ni pulak ada 4 bagahian. Gina cuma bawak masuk satu bahagian je, yang lagi 3 bahagian terpulang pada kitorang nak explore sendiri. Kalau macam Mrs Jay ni jangan harap lah nak explore. Memang tak minat pun nak masuk museum. Duduk kat luar je la tunggu yang lain siap.
cuaca hujan, kena bawak payung atau rain coat
depan pintu masuk ada tempat ambil plastik untuk sarung payung
orang korea dulu-dulu hanya tengok muka pasangan lepas kawen. Kalau tak cantik nasib la..
tabib korea dulu-dulu

Tak banyak gambar kat museum sebab Mrs Jay tak berapa minat. Lepas tu kitorang pergi istana Kyongbok pulak.
asal jumpa orang pakai hanbok mesti nak ambil gambar kan..
ni bahagian utama

Dah selesai bergambar, aktiviti seterusnya adalah lebih mengujakan. Gina nak bawak gi shopping!! Gina kata tempat ni adalah yang dia suggest untuk beli souvenir untuk hadiah pada kawan-kawan dan keluarga bila balik nanti. Amboi, hari kedua dah gi shopping kan. Lokasi shopping ni kat Doota Mall, spesifik kat Arirang Souvenir Shop kat tingkat 6. Owner kedai ni dan pekerja dia boleh cakap banyak bahasa. Diorang guna bahasa melayu la cakap ngan kitorang. Best kan...barang-barang pun murah. Apa lagi, borong la..
banyak gile keychain dan magnet fridge
ni salah sorang pekerja yang cakap bahasa melayu. anak tokey kot
nampak ni teringat adik Mrs Jay, hantu running man
sini area t-shirt

Siap shopping...banyak gak duit habis kat sini. Maklumlah kawan ramai sangat nak kirim souvenir. Kalau kirim duit sekali takpe lah, ni kirim air liur je...

Lokasi lawatan terakhir adalah di Korean Traditional Hanok Village. Kat sini kitorang pecah dua group ikut bas masing-masing. Group Mrs Jay pergi tengok music show.
alatan petani tradisional di korea
rumah tradisional korea
nak gi tengok show kat tingkat lain

Last sebelum check in hotel, makan malam dulu lah. Tak tau nama apa tah kedai ni, tapi kedai makanan korea. Lapar sangat, bedal je.

Kami menginap di Coop City Hotel (3 bintang kot). Malam tak nampak sangat ambil gambar, tunggu pagi esk la baru tangkap. Dalam bilik boleh tahan la hotel ni.

Lampu pun cantik. Good night semua...


Next: Bercuti ke Korea (Part 5)

No comments:

Post a Comment