Cuti weekend yang lepas, Mrs Jay balik ke rumah mertua di Pulau Indah. Rumah tu cuma dihuni sekali sekala je oleh mertua sebab sekarang mereka masih menetap di Puchong. Khabarnya lepas ayah mertua pencen nanti, barulah mereka nak pindah ke sini. Asalnya, kami balik kampung sebab Mak Lang nak buat kenduri tahlil malam Sabtu. Jadi, malam tu tidur je lah kat rumah mertua.
Pagi lepas kenduri, mak mertua ada mesyuarat koperasi dengan ahli keluarga yang lain. Kami adik beradikipar ni tak tau nak buat apa kat rumah, jadi tetiba je entah siapa yang cadangkan untuk ke pantai. Di Pulau Indah ni ada satu pantai yang tak berapa terkenal. Penduduk setempat panggil Pantai Acheh. Tapi, nama sebenar pantai ni adalah Pantai Tanjung Piai. Nak pergi ke pantai ni pun kena lalu satu jalan merentasi padang. Rasanya, kalau pakai kereta lowered ni memang konfirm sangkut, jadi sebaiknya pakai kereta 4-wheel drive...hehehe. Kalau nak tanya kat pakcik Google, taip Pantai Acheh baru jumpa.
Ni kali pertama kitorang adik-beradik datang ke sini. Sebelum ni ada jugak la diorang mencari, tapi tak jumpa sebab susah sebenarnya nak sampai ke sini. Tambahan pula, line internet dan GPS agak terhad kat sini. Nak masuk ke pantai ni pun, kami agak ragu-ragu sebab memang takde sign board. Lalu pulak kat kawasan Jabatan Laut lah, kilang besar lah, kawasan kontena lah...jadi macam tak percaya memang itu jalannya. Bila nampak penduduk tempatan naik motor je ke sana, barulah yakin.
Dapatlah kami menyaksikan camane diorang berlepas dan mendarat. Ada sekali, orang tu dah jejak tanah, tapi terpaksa naik semula sebab angin kot. Cubaan mendarat kali kedua barulah selamat, tapi tetiba je motornya tergolek padahal dah turunkan parachute. Masa nak mendarat, En. Hubby siap alihkan kereta sebab takut orang tu terlanggar kitorang. Macam-macam la diorang ni, tapi nampak macam best je. So, itulah pengalaman Mrs Jay dalam ekspedisi mencari Pantai Tanjung Piai ni....
Pagi lepas kenduri, mak mertua ada mesyuarat koperasi dengan ahli keluarga yang lain. Kami adik beradik
Maka, ber'picnic'lah kami adik-beradik kat Pantai Tanjung Piai ni. Pantainya kecik je dan masih belum tercemar. Cuma yang menjadikannya tercemar bila ada anjing liar yang menghuni kat pantai ni dan meninggalkan 'hasil' ditepi pantai. Mulanya, kami ingatkan anjing tu kepunyaan penduduk orang asli yang tinggal sekitar kawasan ni, tapi bila ditanya kepada orang yang bukak kedai kat situ, itu bukan anjing mereka.
Kat sini takde kedai jual makanan. Cuma air tin dan pakaian bundle je yang dijual. Kebanyakan orang yang datang membawa bekalan makanan sendiri. Memandangkan kami datang mengejut, kami cuma sempat singgah beli kuih je dalam perjalanan ke sini tadi.
Hampir tengahari, barulah kami berangkat pulang ke rumah. Masa lintas kawasan padang, kami berhenti kejap melihat aktiviti paragliding / paramotor yang dijalankan kat sini. Pagi tadi memang nampak dah, tapi tak sempat singgah tengok sebab sibuk nak cari pantai.
dah landing, boleh pulak tergolek
Assalam,saya try nak gi pantai tanjung piai tp jln tutup,taktau betul ke tak jlnnya ikut google,jln gi terus tutup,belah kiri masuk highway skve,kat mana sbnrnya pantai ni?
ReplyDeleteCuba google, taip Pantai Acheh. jalan dia ada lalu kawasan padang, yang xde jalan tar.
DeleteAnjing juga adalah sebahagian dari alam. X baik cakap anjing buat pantai tercemar Kak. Tambah2 anjing tu mmg menetap situ. Kita yg melancong kat tempat depa.
ReplyDeleteBukan maksud akak anjing tu sendiri yang menjadi pencemar. Akak nak maksudkan najis dia.
DeleteTerima kasih tegur.
Delete