Wednesday, 3 June 2015

MEGA TT 2015, PPEOC(M)

Akhirnya...setelah hampir sebulan lepas program berlangsung, barulah Mrs Jay berpeluang nak update kat sini. Bukan sibuk pasal apa pun, cuma semenjak ada hobi baru ni, kadar ke'obses'an Mrs Jay semakin menjadi-jadi. Sejak dari Mrs Jay install aplikasi Manga Rock di henfon, selagi tak habis baca sampai last page komik manga tu, selagi tu tak rasa nak buat kerja lain. Teringat pulak zaman sekolah dulu...dapat je buku Harry Potter yang tebalnya beratus-ratus muka surat tu, makan ngan tidur pun tak lalu selagi tak habis baca dari kulit ke kulit. Nampaknya, tahap obsesi Mrs Jay terhadap buku-buku fiksyen ni masih tinggi lagi rupanya, walaupun umur dah menghampiri 3 series...

Berbalik kepada tajuk asal! Maaf lah dah merapu jauh lak (-_-)

16 Mei lalu, Mrs Jay join aktiviti kelab PPEOC(M) ni. Mega TT bakal dijadikan aktiviti tahunan kelab, bagi mengumpulkan semua ahli kelab serata Malaysia untuk bersantai dan beramah mesra. Tahun ni, Central Region yang organize Mega TT. Lokasi adalah di Taman Botani Negara, Bukit Cerakah, Shah Alam.

Pagi tu, lepas subuh kami semua dah berkumpul di kawasan go-kart berhampiran Stadium Shah Alam. Ahli dari Eastern khabarnya dah bertolak sejak malam tadi. Begitu juga dengan ahli dari Southern dan Northern. Lebih kurang jam 7.30 pagi, kami bertolak ke Taman Botani.

Perjalanan dari Stadium Shah Alam ke Taman Botani perlu melalui dua bulatan besar dan beberapa lampu isyarat. Agak sukar nak berkonvoi (dengan beratus-ratus kereta) tanpa bantuan abang-abang polis trafik. Abang-abang ni lah yang tolong tahan kereta di bulatan dan lampu isyarat untuk kami. Terima kasih lah ye kepada pengguna jalan raya yang lain sebab sabar tunggu kami semua.
dibantu salah seorang abang polis trafik
salah satu teksi yang join PPEOC
Media Crew
dapat shot kereta sendiri...
cenderahati untuk wakil polis trafik

Sampai di Taman Botani, kami parkir di satu kawasan yang dikhaskan, sebelum naik tram yang disediakan pihak Taman Botani menuju ke Taman Haiwan.
tertayang henpon lak...siap cover PPEOC lagi
ruangan pakir
rasa kembali ke zaman sekolah, naik tram

Sampai je kat Taman Haiwan, kami kena berjalan kaki (jauh gak la...) menuju ke kaunter pendaftaran. Entah ceruk mana lah diorang buat aktiviti ni. Belum sampai kaunter pendaftaran dah berpeluh-peluh.
tayang baju Mega TT jap
yang amik gambar tak nak kalah ngan yang diambil gambar

Lepas sarapan kuih yang dibekalkan, dalam jam 9 lebih, barulah program perasmian dimulakan. Aktiviti pertama senam robik. Kemudian, barulah aktiviti utama iaitu Running Man dijalankan. Ada juga aktiviti lain seperti pertandingan makan epal, pertandingan mewarna (kanak-kanak) dan acara rebut kerusi lelaki dan perempuan.
Mr. P (nama manja presiden) merasmikan program
senam robik

Running Man adalah aktiviti yang paling ditunggu-tunggu. Ada lapan check point yang mempunyai ujian-ujian tersendiri yang perlu diselesaikan. Markah diberikan mengikut masa yang diambil bagi menyelesaikan setiap ujian yang diberikan. Setiap region dikehendaki menghantar dua kumpulan.
setiap kumpulan kena design bendera masing-masing
dah pecah belon baru boleh mula Running Man
minum sebotol air gas...
...pastu sambung makan sebiji tembikai
acara teka perkataan...abaikan puting baby tu
 nak panggil apa ni? acara cabut stokin?
tiup telur?
cari syiling dalam kolam
amik gula-gula dalam tepung
yang ni, jawab soalan. kalau salah kena pecah telur mentah kat kepala
makan megi kari berapi 3 bungkus
juara rebut kerusi-lelaki

pertandingan makan epal (gambar tu suami isteri ye...jangan salah faham lak)

Lepas Running Man, kitorang lunch dulu. Pastu ada aktiviti bola beracun dan tarik tali.
bola beracun antara kumpulan
tarik tali

Mrs Jay balik lepas aktiviti bola beracun selesai. Tak dan nak tunggu sampai petang sebab En. Hubby ada kursus petang tu. Masa cabutan nombor bertuah pun, Mrs Jay tinggalkan nombor kat kawan. Tu pun kalau betul bertuah la. Tapi memang bertuah jugak la, sebab petang tu kawan Mrs Jay kata nombor tu dapat hadiah payung PPEOC. Hamper yang En. Hubby dapat untuk Running Man pun diorang tolong simpankan.

Apa yang berlaku petang tu Mrs Jay tak tau lah sebab dah balik kan. Tapi, sepanjang program ni, memang happening la. Lagipun, diorang semua memang peramah, walaupun ada yang baru je nak kenal sesama sendiri. Enjoy betul tengok gelagat diorang masa buat aktiviti sepanjang hari ni. Oleh kerana group Southern yang menang keseluruhan, tahun depan Mega TT akan buat kat selatan lah pulak. Tak sabar nak tunggu!!
muka Mrs Jay separuh je...hampeh
Kosmo, 6 Jun 2015

2 comments: