Monday 25 August 2014

Fuel Shack di Ayer@8

Malam sabtu yang lalu, En. Hubby ajak Mrs Jay jalan-jalan kat Putrajaya. Lepas berbuka puasa di Umai Cafe (The Lake Garden Cafe), kami solat dulu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, atau lebih dikenali dengan nama Masjid Besi. Lama dah Mrs Jay tak solat kat sini, masih tak banyak perubahan. Tapi Mrs Jay suka sebab tempatnya bersih dan selesa. Kawasannya juga sangat luas, sampai nak ke dewan solat pun kena naik lif. Kali ni Mrs Jay nak solat di dewan solat tambahan untuk wanita di Tingkat 3.

Selesai solat dan mendengar sedikit kuliah maghrib, kami bergerak ke Presint 8, Putrajaya. Saja je nak survey tempat makan kat sini. Rasanya ada satu kawasan makan yang baru dibuka tahun 2014 ni (agaknya la) bernama Ayer@8. Banyak lot-lot kedai yang masih kosong. Bangunan nya 3 tingkat dan ada setingkat lagi di basement menghadap ke Tasik Putrajaya. Mrs Jay tak tangkap gambar, jadi sumber-sumber gambar adalah dari Perbadanan Putrajaya dan Pakcik Google.

Setakat ni, hanya ada beberapa kedai makan sahaja yang beroperasi, antaranya adalah Kyros Kebab, Restoren Thai Tomyam Kung (nampak macam mamak), Serabei, Ayer Cafe, Hot & Relax (Hot & Roll sebenarnya...saja je dia letak nama lain), Fuel Shack, dan menghadap tasik ada LalaPan, Teh Tarik Place, dan di basement ada Restoren Upin Ipin dan Slero D Timor. Terdapat juga kedai baju dan kedai tudung yang telah dibuka disini. Malam ni saja lepak minum teh tarik kat Teh Tarik Place sebab Mrs Jay kenyang lagi lepas makan berbuka tadi.

Malam Ahad, Mrs Jay ajak En. Hubby kembali ke Ayer@8 untuk mencuba menu di Fuel Shack pula. Siang tu Mrs Jay dah survey di website Fuel Shack. Memandangkan sekarang musim orang memboikot McD, kena la Mrs Jay mencari alternatif fast food yang lain. Kedai ni lebih kurang macam A&W atau Burger King jugak, cuma burgernya menggunakan daging patty, ala-ala macam burger bakar tu la.
(sumber: http://seindahcerita.blogspot.com)
menu.... (sumber: http://seindahcerita.blogspot.com)

Menu yang disediakan dan harga boleh tengok kat gambar atas ni ye. Harga untuk single menu. Kalau nak set dengan fries dan air, boleh tambah RM2 untuk carbonated drink, atau RM 5 untuk bubble tea. Selain burger, ada juga hot dog (kat sini tulis DAWG), pasta dan ayam goreng. Cara nak order, cari sign board "order here", order, bayar dan tunggu kat meja hingga nama kita dipanggil.
order kat hujung sebelah kanan, bayar dulu, nanti dia panggil nama, ambil kat kaunter..
ok....ni menu org yang nak berbuka puasa (don't judge!!!)
Lamb Supreme....nak try burger selain ayam dan daging
tak abis tapau ye kawan2... Tema Fuel Shack: 'Come Hungry, Leave Happy'

Bila dah rambang mata ni, macam-macam la Mrs Jay order, Lepas makan lamb burger dan fries, makan ayam goreng lak dua ketul. Not bad la patty dia, lembut, juicy dan sedap. Ayam dia agak berminyak sikit sebab mungkin dia baru goreng ke atau baru panaskan. Cuma tepung yang digunakan adalah breaded crumb macam kat Uncle bob nyer ayam goreng tu. Mrs Jay lagi suka yang guna tepung tempura. Dawg dia Mrs Jay order yang ala-ala Beef Coney kat A&W tu. Rasanya boleh diterima tekak Mrs Jay la. Not bad... Mesti korang rasa Mrs Jay makan banyak giler time berbuka ni kan? Mrs Jay share ngan En. Hubby la. Dawg tu sebenarnya Mrs Jay tapau dan makan time sahur esoknya (panaskan dlm microwave).

Air pula, bubble tea tu Mrs Jay order Mocha untuk En. Hubby. Mrs Jay minum ice lemon tea je. En. Hubby kata, tak boleh tanding bubble Cool Blog la, sebab bubble dia tak kenyal sangat. Mungkin macam bubble Each A Cup kot. Cuma pasta je Mrs Jay tak try lagi. Belum ada mood nak makan pasta kot...hehehe. Dari pemerhatian Mrs Jay, ramai pelanggan suka order burger Mini Tower. Tak tau la sedap ke atau sebab portion dia banyak, ada dua keping patty dan telur sebagai topping. Mrs Jay cuma berminat nak try Blue Cheese Delux dia sebab tak pernah makan guna blue cheese, asyik guna cheddar atau mozarela je. Mungkin lain kali kot...

So, bagi mereka yang nak try Fuel Shack ni, boleh la cuba di beberapa cawangan Fuel Shack di Malaysia ni. Boleh refer website di bahagian locations. Ada kat area KL Convention Center, Suria KLCC, Station BTS, Law Yat, Kluang Mall dan kat Ayer@8 ni la. Mrs Jay puji Fuel Shack ni sebab dia mengurangkan penggunaan plastik, macam kat The Sumbs Cafe, Shah Alam jugak la. Mungkin next time la Mrs Jay buat entry pasal The Sumbs pulak...

K, bye (sambung keje, mengular lama sangat. Oh no!!!)....