Thursday, 24 November 2016

Bercuti ke Korea (Part 1)

Awal Oktober, Mrs Jay ikut percutian company ke Korea. Sama macam masa Mrs Jay ke Beijing dulu lah. Kos tour ni Mrs Jay bayar RM 3400/pax termasuk tiket flight, makan, hotel dan tour guide. Berlepas menaiki Air Asia X pada jam 1 pagi dan tiba di Incheon Airport pada jam 7 pagi atau 6 pagi waktu tempatan. Korea awal sejam dari Malaysia, sama macam Jepun. Turun je flight, kami ke tandas dulu, cuci muka, gosok gigi. Dah la pukul 3 pagi tadi makan nasi lemak Pak Nesser dalam flight, dah macam nak sahur lak. Toilet kat Korea ni memang kena stand by botol air sebab macam kat Beijing dulu lah, takde paip.
Itenerary asal...tapi dah sampai Korea ada rearrangement semula
kami ambil 2 bas untuk trip ni

Lepas semua selesai, beg pun dah ambil, kami berkumpul dulu untuk berjumpa dengan tour guide Korea. Kami dalam 40 orang, jadi kena pecah dua group untuk keselesaan. Sorang tour guide tu pandai cakap bahasa inggeris je (selain bahasa Korea). Tour guide Mrs Jay ni nama panggilannya Gina (nama Koreanya panjang dan susah nak ingat). Berasal dari Pulau Jeju, boleh cakap bahasa inggeris dan bahasa melayu (walaupun tak fasih sangat) jadi senang lah jugak nak berkomunikasi. Tapi Mrs Jay rasa orang yang ajar dia bahasa melayu tu main ajar je sebab kalau nak ke toilet dia tanya 'siapa nak kencing?'....hadoii

Asalnya, kami sepatutnya terus ke Pulau Nami, tapi disebabkan minggu tu adalah minggu cuti panjang di Korea, kami terpaksa tukar plan. Kalau kami ke Nami jugak, memang sesak lah dan mungkin tak selesa dan tak boleh nak enjoy sangat. Jadi, perkara pertama kami buat adalah pergi makan dulu. Lagipun perjalanan ke Seoul ambil masa hampir satu jam. Masa sampai seoul dah hampir tengahari, masing-masing pun lapar sebab tak sarapan. Kedai pertama yang diorang bawak adalah kedai Korea, jadi kena makan makanan Korea lah dulu.
kedai kat tingkat dua
masuk pintu ada seafood akuarium
ni lah meja kitorang. duduk atas lantai hokey
makanan kalau tak cukup boleh refill
eh...masuk gak muka Mrs Jay
tunggu bas...
lori jual kekacang yang berbalut plastik. Lori yang berbalut plastik..

Seterusnya untuk aktiviti pertama, kami dibawa ke tempat pembuatan kimchi, sejenis makanan perap yang sangat popular di Korea. Tadi pun dah makan masa lunch. Orang Korea ni kalau takde kimchi tak sah makan. Kat Korea ni je ada beratus jenis kimchi. Memang biasanya diorang buat banyak-banyak untuk disimpan pada musim sejuk sebab musim sejuk sayur tak boleh simpan lama, nanti rosak. 

naik tingkat dua ye...

kat bawah ni kedai lain

welcome drink...minum air jinseng madu

eh?? apakah reaksi tu?
ni kobis untuk buat kimchi, atas tu air jinseng madu tadi
instructor untuk buat kimchi. Gina (baju hitam) tolong translate
kimchi kobis hasil air tangan Mrs Jay dan En. Hubby

ni 4 jenis kimchi pelbagai jenis untuk tester

antara bahan untuk buat sos kimchi

apa tah ni dah lupa...masuk dalam sos kimchi

Lepas belajar buat kimchi, apa lagi, boleh beli pelbagai jenis kimchi yang dijual di sini. Kimchi kat sini dah dipack dalam seal pack bagi memudahkan sesiapa yang nak bawak bailk ke Malaysia nanti. Biasanya ramai-ramai beli kemudian dia akan tolong bungkus dalam kotak polisterin. Kat airport nanti baru kita ambil. Bukan apa, makanan macam kimchi ni biasanya tidak digalakkan masuk dalam luggage sebab takut tumpah atau bocor. Nanti satu flight bau kimchi. Ada kimchi lobak putih, kobis, sotong, dan mix sotong.

Di tingkat satu bangunan buat kimchi ni, ada tempat untuk mencuba baju tradisional korea iaitu hanbok. Yang kurus tu nampak cantik la pakai hanbok ni. Saiz Mrs Jay ni....ehem.





Lepas mencuba baju hanbok ni, boleh shopping souvenir kat kedai cenderahati di sebelah tempat hanbok. Tapi Mrs Jay takde lah nak beli apa-apa. Lagipun baru je sampai korea dan mungkin ada tempat shopping souvenir yang lagi murah kat tempat lain.

dapat lah bergambar dengan retis korea



hanbok kanak-kanak

set makan korea dengan sudu panjang




Dah selesai di sini, apa pulak aktiviti petang yang Mrs Jay akan buat? Nak tau, tunggu next entry Mrs Jay....



No comments:

Post a Comment