Lepas dari bergambar ngan patung duyung, Game bawa kami ke Tang Kuan Hill. Tempat ni dekat je ngan kawasan patung duyung tu tapi tak masuk dalam itinerary Mrs Jay. Kat sini adalah lokasi untuk tengok view sekitar pantai Songkhla. Masa sampai ni dah tengahari, kitorang dah penat sampai malas dah nak ambil gambar view.
Tempat paling dekat nak drop orang gi tengok patung duyung
sempat beli magnet fridge kat pantai Songkhla tadi 4 ketul 100 bhat
Tang Kuan Hill entrance
Tiket 30 bhat
penat dah....
Nak naik atas bukit ni kena naik lift. Sebab tu namanya Tang Kuan Hill Lift Station. Nampak macam naik lift biasa kat dalam bangunan tu, rupanya lift tu jalan menyenget macam naik train kat Bukit Bendera tu. Kat atas korang boleh tengok pemandangan Songkhla dan pantai yang indah dari dek atau dari luar. Ada kawasan viewing point dia, tapi Mrs Jay tak amik gambar dah sebab masing-masing dah lapar.
Turun je dari Tang Kuan Hill, kitorang minta Game hantar ke Klonghae Floating Market sebab nak cari makan tengahari. Masa tu dah nak pukul 1 petang. Last makan kat Dimsum Chabura pagi tadi je. Game kata Klonghae bukak pukul 2.30 petang so kalau datang sekarang pun market belum bukak. Game kata dia akan bawak kitorang cari makanan yang ringan-ringan kat kedai roti atau 7 eleven. So sementara nak tunggu pukul 2.30 petang, Game bawak kitorang singgah ke beberapa tempat lain.
singgah kat jeti..
kecik je kawasan ni
singgah muzium apa tah ni...
Game bawak kitorang pusing-pusing Songkhla dulu. Tengok patung Wat Pho Phanon Leam (sleeping Buddha), antara patung Buddha terbesar di Thailand. Pastu kitorang dah on the way balik, singgah ke Masjid terbesar di Songkhla pulak. Masjid ni dah macam Taj Mahal versi Thailand, cuma kami tak masuk solat kat dalam. Kak Faza kata nak solat kat bilik je bila balik nanti, lagipun tengah lapar sangat ni nak singgah kejap je amik gambar. Masa naik cable car pagi tadi pun boleh nampak masjid ni dari Hatyai.
Taj Mahal Thailand
Masjid Songkhla yang terbesar di Thailand
Ok, dah pukul 2.30 petang, Klonghae Floating Market pun dah bukak, apa lagi...makan lah dulu. Klonghae ni ada dua bahagian, yang terapung dan yang kat darat. Nak syok dan feeling sikit makan lah kat bahagian yang 'terapung' tu. Ada disediakan meja makan kat sebelah kawasan bot-bot jualan. Lepas makan boleh sambung shopping kat kawasan darat. Klonghae ni cuma bukak Jumaat sampai Ahad je tau. Datang hari lain memang takde lah.
ni lah dia floating market
gambar dari atas jambatan
beli makanan kat sini, sebelah tempat makan
jom makan dulu....
ni market yang kat darat
Dah kenyang, boleh lah cuci mata kat darat lak. Kedai lebih kurang sama macam kat Greenway malam tadi jugak. Kitorang jalan-jalan je sekadar tengok-tengok apa yang ada. Mrs Jay ni bukan kaki shopping so memang takde beli apa lah. Dah petang, kitorang panggil Game suruh hantar balik ke hotel. Lepas solat jamak semua, masing-masing tidur kepenatan. Orang tua-tua kata jangan tidur lepas Asar, tapi ni dah darurat penat seharian tak larat mata nak menahan. Malam nanti nak sambung lagi..
So sesi malam pulak adalah makan malam dan last shopping di Asean Night Bazaar. Kat sini sama juga macam Greenway semalam, cuma Asean Night Bazaar ni dua tingkat dan kedai-kedai lebih padat. Tingkat atas adalah kawasan kedai makan, manakala bawah untuk shopping barang. Kitorang makan malam kat tingkat atas je sebab banyak pilihan makanan. Dah malam ni tak teringat pulak nak tangkap gambar sekitar sini. lagipun tempat ni crowded sangat. Nak makan pun kena cop kerusi, kalau tak nanti meja ada, kerusi hilang.
Ni lah dia rupa Asean Night Bazaar
ni antara yang Mrs Jay suka...telur puyuh gaya takoyaki
Kak Faza suka roti pisang ni...sedap
Banyak jenis makanan dijual kat atas. Macam biasa lah mesti nak kena cari nasi. Pastu baru makanan ringan-ringan. Bab makan memang kena standby duit lebih sikit. Kat sini dah macam kat Malaysia, kiri kanan depan belakang semua orang Malaysia. Lebih-lebih lagi time Jumaat Sabtu Ahad. Masa datang hari Khamis takde lah ramai sangat camni. Dah makan boleh la tawaf kedai kat bawah tu habiskan duit sebab esok nak balik dah.
So esoknya, makan sarapan kat Salma Restaurant. Kat sini pun nampak ramai orang Malaysia. Kena datang awal sebab kedai selalu penuh. Kedai kecik je so pandai-pandai lah tunggu kalau dah penuh tu. Menu macam kat Malaysia juga, nasi lemak dan roti je lah. Pagi belum banyak pilihan makanan.
macam semua orang Malaysia je, dengar cakap Melayu
di Salma Restaurant
Lepas makan, balik bilik kemas barang nak check out. Pukul 11 gerak dah ke airport, tapi mintak Game singgah kat mana-mana kedai makan tempatan. Pagi tadi makan roti je so sebelum naik flight ingat nak makan nasi lah. Game bawak kat satu kedai ni, tak tau kedai apa namanya, tapi bukak sampai tengahari je. Tanya pakcik Google, dia tulis Titapa Roti Canai. Tapi ada jual nasi goreng dan nasi dengan lauk juga.
last meal kat Hatyai
So lepas makan baru Game hantar ke airport. Kos adalah 300 bhat sebab pagi tadi game hantar pergi balik sarapan, pastu singgah makan lagi ni, baru ke airport. Ok lah tu kan. Baik budaknyer si Game ni. Dah lah selalu senyum. Handphone dia dalam kereta tu Mrs Jay yang conquer sebab dia connect handphone dia ke radio kereta, jadi Game kata kalau nak dengar lagu apa pasang je kat YouTube tu, so apa lagi kitorang je lah request lagu.
Next time, siapa yang nak datang Hatyai boleh lah mintak Game hantarkan. Jangan buli dia dah lah. Budak lagi ni.. No whatsapp dia boleh mintak kat Mrs Jay okey. See you next trip. Mrs Jay nak gi Turki lak April ni.