Friday 12 December 2014

Icescape Ice Rink, IOI City Mall


Seperti yang dijanjikan, hari ni, Mrs Jay nak ceritakan kat pembaca semua kisah kali pertama Mrs Jay bermain ice skating. Haaa....memang mengujakan sebab memang dah lama mengidam nak main ice skating ni. Hari ni baru lah dapat. Lebih teruja adalah En. Hubby. Sampai dia sanggup la cancel OT dia hari ni semata-mata nak pergi main ice skating.

Lebih kurang jam 10 pagi, kami ke IOI City Mall. Rancangannya nak makan dulu, tapi nak kena cari tempat makan paling dekat lah dengan tempat ice skating ni. Semalam dah survey, ada satu kiosk bernama Kampung Kravers terletak betul-betul di sebelah kawasan ice skating ni. Sampai je, kebetulan nasi lemak dia baru je masak. Dah pukul 10.30 pagi, En. Hubby terus je order nasi lemak dan juga karipap. Maklumlah, kalau dah masuk dalam tempat ice skating tu tak boleh keluar lagi nak beli makanan. Kami makan di tempat makan khas yang boleh tengok orang main ice skating.
strategik tempat makan kat sini
jom sarapan...karipap tak masuk lak dalam gambar ni

Lepas je selesai makan, terus je masuk ke Icescape Ice Rink ni sebab En. Hubby dah beli tiket sementara tunggu makanan sampai tadi. Nak masuk, kena pakai tag di tangan yang macam kat sunway lagoon tu. Lupa lak Mrs Jay nak snap gambarnya. Kat tag tu ada barcode, guna untuk scan kat tepi palang pintu masuk nanti. Masuk je, kena pergi ambil kasut dulu. Mrs Jay dah siap-siap bawak stokin dan gloves dari rumah. Jadi tak perlu beli baru kat sini.

Cara nak tentukan saiz kasut senang je. Kat depan kaunter kasut, ada satu tanda aras ukuran kaki. Letak je kaki kat situ, nanti abang-abang kat kaunter tu akan ambilkan saiz yang sesuai. Pastikan bukak kasut dulu lah ye sebelum ukur.
tanda aras untuk ukur saiz kasut

Lepas ambil kasut, Mrs Jay pergi simpan barang kat locker. Kena beli token dulu ye berharga RM2 untuk satu locker. Ada satu insiden yang berlaku semasa Mrs Jay di locker pagi tadi. Lepas kunci locker, Mrs Jay undur ke belakang. Tiba- tiba Mrs Jay terdengar bunyi orang mengaduh sakit. Alamak!!! Rupanya, tanpa Mrs Jay sedari, Mrs Jay dah terpijak kaki seorang abang yang tengah isi barang kat locker paling bawah sekali. Masa tu Mrs Jay dah pakai kasut luncur. 

Ya Allah....sampai sujud cik abang tu menahan kesakitan. Abang tu cuma pakai stokin je. Bayangkan lah bila kena pijak dengan blade kasut luncur tu, ditambah lagi saiz Mrs Jay ni yang....ehemmm. Memang tak terbayang sakitnya. Terus Mrs Jay minta maaf banyak kali. Terasa sangat-sangat bersalah atas kecuaian sendiri. Walaupun jujurnya memang tak rasa pun masa terpijak kaki abang tu. Mrs Jay tak dapat baca reaksi abang tu. Memang sakit sangat kot sampai sepatah perkataan pun tak keluar. Cuma mengaduh je dari tadi.

Bila dah reda, barulah dia cuba bangun dan berjalan dari situ. Memang sakit betul tu sebab dia tak cakap pape pun, cuma berkerut menahan sakit je. Mrs Jay faham jugak lah kalau dia marah, sebab kalau jadi kat diri sendiri, mau menjerit kot Mrs Jay sampai satu Icescape tu dengar. Kepada abang tu, kalau ada terbaca blog Mrs Jay, sekali lagi Mrs Jay mohon jutaan ampun maaf zahir dan batin ye...

Lepas tu, barulah Mrs Jay masuk ke dalam gelanggang (Rink) ais. Bagi first timer macam Mrs Jay ni, memang wajiblah berpaut kat tepi pemegang Rink ni kan. Cubaan pertama, tawaf dulu satu Rink. sampai suku pertama, Mrs Jay terduduk sekali...hahaha. Wajib jatuh ye, kalau tak jatuh takkan belajar nak meluncur ais ni. Selesai tawaf sekali, masuk pusingan kedua, barulah Mrs Jay boleh lepaskan tangan sikit-sikit dari pemegang. Baru masuk ketengah Rink. Perlahan-lahan Mrs Jay dan En. Hubby pergi kat bahagian center, pastu panggil lak fotografer kat situ untuk tangkap gambar. Mrs Jay dah simpan hp dalam locker, jadi takde gambar sendiri lah ye. Untuk beli gambar tu, fotografer bagi satu lagi tag yang ada nombor siri. Tunjuk je tag tu kat kaunter gambar nanti.

Selepas tawaf beberapa kali, Mrs Jay dah mula rasa sakit kaki. Mrs Jay keluar dari Rink untuk berehat sementara En. Hubby sambung main. Dia tak puas hati selagi belum dapat belajar meluncur lagi katanya. Gigih betul, sebab tu Mrs Jay kata sebenarnya dia yang over excited sangat nak main ice skating ni, bukannya Mrs Jay. Rekod setelah sejam setengah bermain, Mrs Jay jatuh dua kali, En. Hubby jatuh lima kali...hehehe.

Untuk pengalaman pertama ni, Mrs Jay belajar sendiri cara-cara meluncur. Kena pandai imbang badan, so lutut kena bend sedikit, badan kena bongkok sikit. Tak boleh tegak lagi, maklumlah baru nak mula belajar kan. En. Hubby kata kaki kanan dan kiri kena buat bentuk V. Tak boleh straightkan, nanti tak stabil. Ilmu tu baru dapat lepas cuba sendiri. So, kalau nak tau lebih, kena cuba meluncur sendiri lah ye. Kat sini kita tak kan rasa malu kalau terjatuh sebab setiap masa mesti ada orang jatuh punya. 

Yang menjadi pembakar semangat adalah bila tengok budak-budak sekolah rendah majoritinya lebih pandai meluncur berbanding orang dewasa. Kalau jatuh, cepat je diorang bangun dan meluncur semula. Kita ni lak yang baru belajar bertatih dengan kasut luncur. Satu lagi benda yang Mrs Jay belajar, kalau jatuh, cara yang lebih mudah untuk bangun semula, perlu lah berlutut dahulu, baru bangun. Haa...tips tu. Kali kedua Mrs Jay jatuh di tengah Rink. Nak bangun kena berpaut pada En. Hubby, tapi dengan En. Hubby lak macam nak jatuh. Nasib baik ada sorang cina yang agak sado badannya tolong. Maka berpautlah Mrs Jay kat dia untuk bangun semula...hahaha...Mahal pengalaman tu.
beli gambar dengan frame sekali

Sepas agak lega, Mrs Jay pergi ke kaunter gambar untuk tengok hasil tangan fotografer tadi. Gambar saiz kecil dijual RM15, manakala saiz besar RM25, tapi kalau beli dua dapat RM40 je. Boleh dapat soft copy sekali. Caranya, scan QR Code yang diletak bersama gambar tadi. Masa beli tu, berlaku sedikit kecelaruan info. Pekerja tu (warga asing) bagitau Mrs Jay kalau beli gambar kecil pun boleh dapat softcopy, rupanya lepas bayar, kawan dia kata cuma gambar besar je yang dapat softcopy, yang kecik tu takde. Beberapa kali dia buat cubaan supaya Mrs Jay beli gambar yang besar lak, dengan harga diskaun, tapi Mrs Jay tak nak. Apa lagi Mrs Jay komplen lah. Disebabkan dia yang salah bagi info, akhirnya dia putuskan untuk bagi jugak lah softcopy tu. Settle cara baik.

Dalam pukul 1 petang, Mrs Jay masuk semula join En. Hubby. Untuk sesi kali ni, Mrs Jay terus masuk ke tengah, rekod setengah jam seterusnya, Mrs Jay dan En. Hubby masing-masing jatuh sekali. Tapi lepas tu Mrs Jay tak main dah sebab kaki sakit balik. En. Hubby je main sampai pukul 2.30 petang. Tu pun berhenti sebab pekerja Icescape nak bersihkan Rink. Biasanya waktu membersihkan Rink adalah jam 12.30 tengahari, tapi hari ni sebab ramai sangat orang, dia tangguh ke pukul 2.30 petang je.
semua pengunjung diminta keluar dari Rink
mesin pencuci Rink

Ok lah, sementara diorang mencuci Rink, kami pun nak keluar dah. Puas main dari pagi sampai petang. Nak gi solat lak, pastu makan. Lapar gak lepas penat bermain ice skating ni. Siap berpeluh lagi. Jangan ingat main ais tak berpeluh ye...
makan kat Pappa Rich je

Lepas makan, baru lah balik ke rumah. Sampai je, En. Hubby terus letak gambar tadi kat tepi TV...

6 comments:

  1. wahhhh, nampak best je ice rink baru ni :D kat sini budak2 kecil umur beberapa tahun pun dah pandai skating. T_T mak ayah mmg akan ajar (dah itu antara aktiviti common kat Czech ni ha) :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...malu gak sebenarnya sebab hampir separuh yang main semua budak-budak lagi (-_-)! Terror2 lak tu...

      Delete
  2. x pernah lagi main ni...hari tu dah pergi ioi city mall..best..sebab besar sgt tmpt dia.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la, dtg pagi selesa sikit. Tengahari dah ramai sgt org

      Delete
  3. hari tu kita pgi gak ioi city mall ni, tp x jmpa lak ice rink ni..lupa langsung psl tmpt ni. .haduii rugiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar sgt tempatnya, sbb tu xjmp kn. Ada kat tingkat 1

      Delete