Thursday 27 August 2015

Foodsbury, Shah Alam

Dah gaji akhirnya!!!! Rindu betul kat gaji. Lama tak jumpa kan...Hahahaha. Intro lepas dapat gaji terakhir hampir 50 hari lepas. Lama dah tak makan kat luar sebab sejak lepas raya Mrs Jay masak makanan setiap hari (sebab takde budget nak makan kat luar..) Beberapa minggu kebelakangan ni Mrs Jay bawak bento untuk breakfast dan lunch ke pejabat. Hari ni nak rehat sikit, sebab tu pagi tadi bangun lambat. Biasa kena bangun awal subuh sebab nak masak bekal kan.

Hari ni, Mrs Jay nak pergi lunch kat satu cafe ni. Lama dah teringin nak pergi, tapi atas sebab kekangan kewangan dan masalah nilai matawang Malaysia yang jatuh merudum ni, (takde kena-mengena pun) Mrs Jay terpaksa tangguhkan hasrat ni sehingga dapat gaji. Nama cafe ni adalah Foodsbury. Terletak di seksyen 9, Shah Alam. Kalau nak datang, landmark yang paling dekat adalah Shell bersebelahan Hotel Concorde Shah Alam. Cafe ni terletak di kawasan rumah kedai di belakang Shell tersebut.
depan kedai

Foodsbury ni mempunyai ruangan yang agak menarik di bahagian hadapan. Ruangan ni digunakan untuk bersantai, samaada ketika cafe penuh atau selepas makan. Interior deco dalam cafe ni pun boleh tahan.
ada rak buku untuk bacaan santai
kat belakang rak ada meja tersorok

Kat Foodsbury ni kena bayar dulu sebelum makan. Menu dan kertas pesanan dah disediakan kat atas meja. Pelanggan cuma perlu isikan pesanan, kemudian buat bayaran kat kaunter. Lepas tu tunggu je lah makanan sampai.
kaunter bayaran
ada plat JJCM

Jom tengok menu apa yang ada kat sini...
menu yang disediakan...jap Mrs Jay zoomkan
 

Untuk kali pertama ni, Mrs Jay order Spicy Beef Olio dan Lemon & Lime Tea. Mrs Jay tertarik nak cuba Almond Salted Caramel Cake sebab tengok harganya lebih tinggi dari yang lain. Istimewa sangat ke kek ni sampai satu slice pun cecah RM13.80? Hmm....

Komen untuk pasta yang Mrs Jay order, memang sedap. Ramuannya banyak dan seimbang. Cuma yang Mrs Jay tak boleh tahan adalah tahap kepedasannya agak over sikit (walaupun Mrs Jay ni suka pedas). Mrs Jay faham lah memang pedas sebab namanya pun Spicy Beef Olio, tapi bagi orang yang first time makan memang tak akan jangka lah kepedasnya seperti itu. Mula-mula makan tak rasa sangat, bila dah separuh pinggan baru terasa. Tapi, korang boleh request la untuk yang kurang pedas masa nak order, kalau dah sampai, memang takleh tukar la kan... 

Untuk kek, memang Mrs Jay tak dine-in. Saje nak buat kudap-kudapan petang nanti. Almond Salted Caramel Cake ni unik sebab ia bukan kek span atau butter cake seperti yang dijual kat kedai kek tu. Ianya terdiri dari berpuluh (ke berbelas?) lapisan crepe yang diselang seli dengan caramel. Macam layer kek lapis la bentuknya. Rasanya not bad la. Sedap gak... Patut la mahal, nak buat kek ni mesti susah.
kek ni tapau je

Ok, dah selesai makan. Ni bilnya ye... Jemput lah datang ke Foodsbury!! Oh, sebelum terlupa, Foodsbury tutup hari Isnin.

Tuesday 18 August 2015

Memori sekolah rendah

Malam tadi Mrs Jay dapat mesej di FB dari kawan sekolah rendah Mrs Jay. Dia mintak nombor telefon sebab nak add dalam whatsApp group sekolah. Wah!! Sekolah rendah tu dah lebih kurang 20 tahun dulu. Ingat lagi ke masing-masing? Lalu Mrs Jay pun bagi lah no telefon....
gambar yang diorang post kat group. comotnya Mrs Jay masa kecik dulu...cer teka yang mana?

Bila dah masuk dalam group, Mrs Jay rasa teruja sebab ramai jugak yang kenal lagi. Masing-masing ingat lagi memori lama masa kat sekolah dulu, termasuk zaman main sailormoon. Dah tentunya Mrs Jay lah yang jadi sailormoon nya. Kawan-kawan lain jadi sailor mars, mercury, jupiter dan venus. Ada juga yang dah ingat-ingat lupa.

Malam tadi memang tido lewat pagi sebab macam-macam cerita zaman sekolah dulu dah keluar. Seronok jugak layan budak-budak ni berborak. Bangun pagi ni pun diorang masih layan lagi. Keje ke tak masing-masing ni??




Saturday 1 August 2015

Restoran Al-Rawsha, Seksyen 7, Shah Alam

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Walaupun dah masuk hari yang ke-16 Syawal, Mrs Jay nak gak wish Selamat Hari Raya....tak kira! Hari ni, Mrs Jay nak cerita pasal sebuah restoran makanan Timur Tengah yang baru kat Shah Alam ni. Tak la baru sangat, tapi kira baru first time la Mrs Jay makan kat sini. Kalau cari kat Google Maps (streets view) tu, bangunan restoran ni belum siap bina pun lagi.

Untuk mencari lokasi Restotan Al-Rawsha ni, landmark yang paling hampir adalah Sekolah Menengah Seksyen 7. Kalau sekolah di sebelah kanan, jalan depan sikit akan ada simpang ke rumah kedai di sebelah kiri. Masuk simpang tu, dan jalan hingga hujung. Korang boleh nampak betul-betul depan korang satu bangunan macam istana (macam gambar kat atas tu). Parking disediakan di dalam kawasan restoran. Berdepan dengan restoran ni, boleh nampak kedai mamak Ali's Corner. Waktu operasi adalah dari 11 pagi hingga 12 malam.
masuk ikut pondok guard tu


'guard' yang menjadi tumpuan...

Bagi penggemar Nasi Arab terutama Nasi Mandy, Mrs Jay syorkan untuk datang ke sini. Bukan sahaja makanannya sesedap restoran nasi arab yang lain, malah harganya juga berpatutan. Ruang makannya juga luas dan selesa. Di bahagian atas, terdapat juga dewan yang boleh disewa untuk majis seperti kenduri kahwin.

 dinding yang dipenuhi seni ukir yang menarik

Okey, jom tengok menu yang disediakan pulak...


Memandangkan Mrs Jay makan secara berjemaah, menu adalah di'order' oleh organizer. Kalau tak silap, set nasi mandy ayam dan kambing. Air je pilih sendiri. Set yang disyorkan oleh Manager kepada kami adalah hidangan dalam talam. Rasanya macam takde dalam buku menu dia. Katanya satu talam boleh makan dalam 4 orang Arab, atau 6 orang Malaysia. Organizer order satu talam Nasi Mandy Ayam dan dua talam Nasi Mandy Kambing. Bila hantar, dua talam tu dia letak dalam satu talam besar je. Makan dalam pinggan sendiri ye.. Tapi yang dalam Nasi Mandy Kambing tu ada juga diletak ayam dan udang. Kambing pun ada dua jenis. Tak tau lah kalau Mrs Jay salah dengar kot-kot lain lak yang organizer order sebenarnya.
Roti Mulawah kalau tak silap namanya, sekali dengan set nasi mandy yang kitorang order
Nampaknya dah lapar sangat ni, tak sempat Mrs Jay ambil gambar close up
 yang ni Nasi Mandy Ayam
Air Hawaii yang organizer order. Mrs Jay order avokado + kiwi. Orang lain minum air biasa order satu jug je.

Kat Al-Rawsha ni jugak ada disediakan dessert. Kaunter dessert betul-betul di pintu masuk restoran. Antara yang ada masa Mrs Jay datang ni...boleh tengok la kar gambar ni. Tak tau sangat namanya sebab tak makan pun.
harga untuk makan 13 orang + 3 orang (tapau)


Alhamdulillah, kenyang. Harga makanan untuk 16 orang tak sampai RM400 pun. Murah la bagi Mrs Jay. Lain kali boleh datang lagi.
kami tapau jugak ye....