Tuesday 3 March 2015

Tanah Aina Cafe, by Farhana's Oven

Malam ni adalah malam akhir Mrs Jay ambil cuti tambahan. Maklumlah, kerja ni kadang-kadang stress jugak, sebab tu ambil dua hari cuti sambung cuti hari minggu. Balik keje, En. Hubby ajak makan kat luar. Dah lama katanya tak bawak Mrs Jay makan kat luar. Maklumlah, dah empat hari makan masakan Mrs Jay je kat rumah.

Disebabkan tak tau nak makan kat mana, Mrs Jay tanya pakcik google. Mrs Jay taip cafe menarik, terus keluar satu nama yang menarik perhatian. Tanah Aina Cafe, Batu 3, Shah Alam. Hemmm.....Tak pernah dengar pun. Sedap ke?? Tapi En. Hubby macam nak try je makan kat situ. Mrs Jay ikut je la...

Lepas dapat lokasi dari abang Foursquare, kami terus bertolak ke Shah Alam. Tak susah nak cari pun, kalau dari lebuhraya persekutuan menghala ke guthrie, masuk simpang traffic light pertama sebelah kanan. Jalan je terus sampai nampak petronas. Masuk kiri sebelum sampai petronas tu. Boleh nampak Wisma Tanah Aina kat sebelah kanan. Tanah Aina Cafe betul-betul di bucu wisma tu.

Masa mula-mula nak masuk, macam takut-takut jugak. Tempatnya eksklusif sangat. Tapi dah sampai kan, takkan nak balik lak. Dari puchong ni, tak berbaloi balik gitu je kan. Jadi, kami masuk dan ambil tempat di meja yang ada seat sofa.
Kaunter dan dapur
Ruangan yang luas
Yang baju putih tu Puan Seri, mak kepada owner kedai

Menu kat sini tak banyak pun. Puan Seri kata kedai ni baru je buka 1 Januari 2015. Cover buku menu dia pun kosong lagi. Dalam buku menu dia cuma empat page je yang ditampal menu, yang lain kosong je. 

Sebelum menu yang kami order sampai, pelayan tu dah siap-siap sediakan alas pinggan. Wow, servisnya bagus! Ditambah hidangan air infused water lagi (air kosong dengan potongan lemon).

Tak lama kemudian, hot cappuchino Mrs Jay pun sampai. Sekali dengan biskut. Sudu tehnya sangat menarik, bentuk shell. Kemudian Turkish Coffee En. Hubby lak sampai. Eh, kecik je cawannya! En. Hubby kata rasa macam kopi herba. Jangan lupa letak gula ye...
Hot cappuchino dihidang dengan semangkuk gula
Turkish Coffee dengan biskut
Condiments: black pepper, chilli flakes dan satu lagi apa tah, macam kelapa pun ada

Beberapa ketika menunggu, hidangan makanan pula sampai. En. Hubby order Beef Burger. Nampak biasa je, tapi sebenarnya portionnya banyak. Daging patty yang lembut diatas kepingan telur dan keju, dan dibawahnya bawang yang dimasak dengan tomato dan cendawan butang yang banyak.

Menu yang Mrs Jay order adalah Nasi Goreng Tanah Aina. Ada dua pilihan, iaitu seafood dan ayam, Mrs Jay pilih ayam. Terkejut Mrs Jay masa pelayan tu bawak makanan Mrs Jay. Mana taknya, dalam lesung batu diorang hidang. Sebelum ni, Mrs Jay cuma pernah tengok aiskrim je dalam lesung batu, ni nasi goreng pun boleh... Portion makanannya juga banyak. Nasi goreng dihidang dengan keropok, telur dan ayam goreng bersama cili potong dan sambal.

Memang kenyang betul makan kat sini. Walaupun dari segi rasa Mrs Jay boleh bagi 3 bintang je, servis dan presentationnya boleh dapat 5 bintang. Environmentnya juga Mrs Jay bagi 5 bintang. Cuma cafe ni perlu tambahkan lagi menunya bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Sebelum balik, Mrs Jay minta bil kat pelayan. Sekali lagi mereka buat Mrs Jay tersenyum dengan kejutan terakhir ni. Biasanya bil akan diberi dalam bentuk buku, tapi kat sini, diorang pakai bekas khas. Siap letak gula-gula lagi...hehehe, menarik kan.
Bil malam ni

Ok lah, keseluruhannya Mrs Jay puas hati makan kat sini. Mungkin boleh datang balik kalau diorang dah improve menu. Sebelum terlupa, cafe ni tutup pada hari Isnin. Waktu operasi adalah pada 8.30 pagi hingga 11.00 malam.