Friday, 29 November 2013

Takoyaki

Wah....lama gak Mrs Jay tak menaip kat blog ni ye!!! Hari ni Mrs Jay nak berkongsi cerita tentang salah satu makanan kegemaran Mrs Jay iaitu "TAKOYAKI".

Seperti yang semua orang tahu (tak semua kot...), takoyaki ni sejenis makanan yang berasal dari Jepun. Kalau versi Malaysia mungkin boleh dipanggil 'cucur' atau 'cekodok'. Tapi....of course la tak sama dengan cekodok Malaysia kan. 'Tako' dalam bahasa Jepun bermaksud sotong octopus atau sotong kurita (kot...). Jadi, takoyaki ni kira cekodok octopus la.

Di Malaysia ni, terdapat banyak kiosk-kiosk yang menghidangkan menu takoyaki. Kebanyakkannya mempelbagaikan jenis takoyaki seperti 'Toriyaki' (burung...dalam kes ni maksudnya ayam la) biasa ayam cheese, 'Ebiyaki' (udang), 'Tamago Cheese' (telur berkeju) dan yang guna crabstick tu tak tau la dia panggil apa.

Mrs Jay sebelum ni tak pernah nak ambil tau pasal takoyaki ni sebab mana lah nak tau makanan Jepun ni. Tapi sejak Mrs Jay tinggal dengan keluarga Takeuchi kat Komagane haritu, Mrs Jay terus jatuh chenta lak ngan makanan ni. <3<3<3 First time masak takoyaki sendiri dengan keluarga Takeuchi ni memang satu pengalaman menarik. Bila dah rasa, lagi lah teruja sangat...

Kalau nak ikut resepi Takeuchi, bahan-bahan utama nak buat Takoyaki ni adalah tepung takoyaki (ready made beli kat pasaraya), telur dan air. Kemudian, panaskan takoyaki pan, dan letakkan sikit minyak dalam lubang-lubang pan guna berus khas. Dah panas, boleh curah adunan tepung atas pan tu sampai melimpah dari lubang pan. Taburkan bawang putih (diorang guna yang dah rendam sos jadi bawang putih dah tukar kaler jadi merah), tempura flakes, keju dan of course la main ingredient dia iaitu octopus!! Bila nak hidang, letakkan mayonis, sos takoyaki, taburkan nori (seaweed) dan katsuobushi (fish flakes atau 'bonito').
tengah prepare adunan tepung takoyaki
Yua-chan sapu minyak kat takoyaki pan
Mrs Jay pun nak cuba juga.....hehehe
taburkan bawang putih, keju, tempura flakes dan octopus
hasil taburan....
balikkan takoyaki bila dah mula masak bahagian bawah
dah siap boleh angkat
dah angkat, boleh hidang

Dah balik Malaysia, Mrs Jay akan teruja untuk cuba takoyaki yang dimasak di Malaysia pula. Takoyaki Malaysia yang pertama Mrs Jay cuba adalah "My Takoyaki" di Uptown Danau Kota. Yang ni boleh tahan rasanya sedap, sos cukup dan Mrs Jay mintak extra bonito dia bagi free je. Harganya RM5 untuk 5 ketul. Lokasi lain My Takoyaki boleh cek kat sini.
My Takoyaki, uptown Danau Kota

Kemudian, masa jalan-jalan cari makan kat Lokas Makana, Puchong Utama, Mrs Jay terperasan kedai jual takoyaki. Yang ni takde brand nyer...tapi sebab dah jumpa dan dekat ngan rumah, Mrs Jay beli la jugak. Takoyaki nya lebih murah dan kecil, tapi rasanya kurang power la dari takoyaki kat My Takoyaki. Yang ni harganya RM5 untuk 7 biji kalau tak silap.

Seterusnya, masa jalan-jalan kat Aeon IOI Mall, Mrs Jay jumpa lak "Tako Tao". Ni kedai Takoyaki paling dekat ngan rumah. Takoyaki ni saiznya memang besar, cuma kalau nak tambah bonito, mayonis atau sos kena tambah 50 sen setiap satu. Harganya RM4.50 untuk 4 biji ke 3 biji, tak ingat lak.

Semalam masa tunggu flight balik dari airport Kota Bharu ke KLIA, Mrs Jay jumpa lak "Little Tako". Harganya RM4.50 untuk 4 biji. Yang ni saiz biasa tapi sedap la jugak (cuma berminyak sikit sebab pekerja dia letak minyak sampai penuh pan). Boleh direkomenkan pada orang...hehe. 
harga di Little Tako
cuma jual dua jenis je kat sini, ayam cheese ngan crabstick

Baru-baru ni di Mydin USJ, Mrs Jay nampak satu kedai takoyaki yang baru dibuka, iaitu "Cogi". Kedai ni baru je dibuka, terletak bersebelahan kedai Cool Blog. 3 ketul untuk RM 4.90. Tambah inti add on RM1, tambah sos/ mayo/ bonito add on 50 sen. Rasa dan saiznya lebih kurang sama dengan Tako Tao. Tapi kat sini ada jual mini okonomiyaki (refer keterangan kat bawah). Tu je lebihnya dari kedai takoyaki lain.

Tapi antara banyak-banyak kiosk, Mrs Jay paling suka "Danidana Takoyaki". Selain Takoyaki, ada gak jual "OKONOMIYAKI" atau pancake (lempeng). Kalau kat rumah Takeuchi, diorang campur sayur kobis. Kat Danidana Takoyaki, diorang boleh campur sotong, sosej atau crabstick. Sebab apa? 'Okonomi' dalam bahasa Jepun bermaksud 'apa yang kamu suka', jadi boleh je taruk apa yang kamu suka kat dalam pancake tu. Okonomiyaki ni tebal, jadi Mrs Jay pernah terbaca kat blog, kalau tak mampu nak beli takoyaki untuk share ramai-ramai, belilah okonomiyaki. Rasanya lebih kurang je, tapi okonomiyaki kat Danidana ni memang boleh makan ramai-ramai sebab dia besar!!
masak okonomiyaki kat rumah Takeuchi
boleh makan dengan nasi

Selain takoyaki dan okonomiyaki, Danidana Takoyaki juga ada hidangan ramen, soba, udon dan nasi. Boleh tengok menu dia kat sini. Lokasi Danidana Takoyaki yang Mrs Jay selalu pergi adalah kat foodcourt Plaza Masalam atau Plaza Shah Alam. Lokasi lain boleh tengok kat sini. Dessert yang namanya Chawan Mushi tu rasanya macam telur separuh masak. Boleh tambah kicap cair masa makan.
logo samurai kat belakang tu trademark Danidana Takoyaki
Chawan Mushi
menu takoyaki, okonomiyaki dan nasi
menu mee udon, soba dan ramen
dessert, minuman dan set makanan
yang ni takoyaki biasa RM4.80 untuk 4 biji
cheezy mayo okonomiyaki RM11.90
takoyaki soba, rasanya memang macam kat Jepun...best
chicken katsu, sup dan teh tarik

Memang berbaloi makan kat sini. Rasanya sedap dan servisnya bagus sebab ownernya selalu ada kat kiosk Plaza Masalam ni. hehehe.... Mrs Jay akan terus cari lagi kiosk-kiosk takoyaki di Malaysia ni. Mungkin ada beberapa nama lagi yang Mrs Jay pernah dengar tapi belum cuba. Sekian saja untuk kali ini. Selamat menjamu selera!!!


6 comments:

  1. Takoyaki memang TERBAEKKK!! Tapi kalau susah2 sangat nak cari bahan-bahan kering utk masak Takoyaki,skrg dh ada org jual secara online jenis set macam sushi kit tu.cuba google www.mamyaimi.com.my @ whatsapp je terus no ni 013-6012797

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bulan Mei lepas Mrs Jay dah beli kuali takoyaki elektrik dari mamyaimi. Lepas tu dah pernah repeat order tepung takoyaki. Senang sbb xyah nak beli asing ramuannya. Semua dah set dgn mayo, sos, nori dan katsuobushi

      Delete
  2. Boleh dtg ke gerai takoyaki saya di sri gombak sebelah petron kat kedai selera utara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah kalau sampai ke sana saya singgah (^_^)

      Delete